Saturday 29 March 2014

Si Anak Dan Si Ibu

Seperti biasa, sebelum keluar rumah atau pergi ke mana-mana si anak akan bersalaman dan mencium kedua-dua belah pipi ibunya. Hanya itu yang membuat dirinya akan merasakan tenang ketika melangkahkan kaki. Entah mengapa pada pagi itu, si anak ingin sekali dicium  ibunya juga. Bagi Nur Syahadah ibulah segala-galanya baginya setelah kepergian ayahnya 3bulan yang lalu. Ibunya peneman sendu dan tawanya. Ibunya tempat bermanja dan meluah rasa.


Setelah itu, Nur Syahadah ataupun Nur melangkahkan kaki keluar dengan perasaan sebak dan memeluk si ibu serta berkata "ibu, Nur sayangkan ibu. Nur minta maaf untuk segala kesalahan Nur dan dosa Nur pada ibu. Terima kasih ibu kerana selama ini menjaga Nur. Nur tahu,Nur selalu saja menyusahkan ibu. Nur selalu sakit. Sepatutnya Nur yang menjaga ibu. Nur saayangkan ibu didunia dan akhirat. Semoga Allah seelalu menjaga ibu disaat penjagaan Nur tak sampai kepada ibu."


Si ibu yang dari tadi hanya berdiam dan menahan sebak,mula bersuara seakan-akan tersekat dikerongkong" Nur,anak ibu yang solehah,Nur tak pernah sekali pun menyusahkan ibu. Ibu tak pernah lelah menjaga Nur. Nur sakit pun, Allah yang berikan sakit itu. Takkan ibu nak menyesali takdir Allah.. Ibu tahu anak itu amanah titipan Allah.Ibu ingin menjaga sebaik dan semampu mungkin. Ibu sayangkan anak ibu. "

Selepas sahaja pelukan dileraikan, si anak pun keluar untuk pergi bekerja. Nur bekerja sebagai guru di tadika pasti. Nur berulang-alik dari rumah ke tempat kerjanya sejauh 10km dengan menaiki motor Honda c70 peninggalan arwah ayahnya. Ketika perjalanan hampir 3km, tiba-tiba Nur merasakan seluruh anggota disebelah kanannya tidak boleh bergerak ataupun kejang. Kaki dan tangan kanannya cuba digerakkan bagi menekan brek namun Nur gagal menggerakkannya . Kelihatan tidak kurang 50m jarak sebuah kereta yang baru sahaja keluar dari simpang dengan kadar laju. Nur hanya kelihatan  berserah sahaja kerana tiada apa yang dapat dilakukan.

"DUMMMMMMM"
Kedengaran sesuatu bunyi objek yang berrdentum. Dentuman yang amat uat sekali. mampu mengejutkan sesiapa sahaja. "Allahuakbar" satu ucapan yang keluar dari mulut seorang Nur. Gadis yang sentiasa dibibirnya basah dengan zikrullah dan kalamullah. Melayang tubuh kurus dengan lengkap berjubah dan bertudung sempurna auratnya dijaga terpelaanting ke tengah jalan raya dan Nur brnasib baik kerana ada yang memberhentikan kenderaan dan menngangkat Nur ke bahu jalan. Mengalir darah segar dari kepala Nur dan tubuh Nur. Tubuh Nur lemah dan longlai tidak bermaya. Menanti ajal menjemput dengan penuh redha. Bergetar dibibir Nur Syahadah  menyebut kalimah Allah.Dan... sudah suratan takdir menentukan,Nur menghembuskan nafas yang terakhir itempat kejadian.

Berita kematian Nur sampai ke pengetahuan si ibu. Dalam redha si ibu menerima. Tiada titisan airmata biarpun satu-satunya anakya pergi menghadap Pemilik Kerajaan bumi dan langit serta isi-isinya. Kerana apa? Bagi si ibu,meraung sekuat mana sekali pun, keluar airmata darah sebanyak mana pun, anaknya tetap tidak akan kembali. Dalam hati si ibu bermonolog "Moga Allah merahmati engkau wahai anakku. Selama engkau hidup, engkau anak yang sangat baik dan taat. Berbahagialah engkkau disamping Penciptamu. Ibu sudah merelakan takdir ini."

No comments:

Post a Comment