Monday 2 October 2017

Legendary Peneram/Denderam

Assalamu'laikum..
Lama tak update blog ni.. bersarang dah.. kali ni aku nak update berkenaan dengan kuih yang sangat legend. Aku kira semua pun tahu macamana kuih ni.                                     

Beberapa hari ni memang aku syok buat kuih ni jeh sebab order tak putus-putus masuk. Alhamdulillah. Aku nak bagitahu sikit, nak buat kuih ni tak mudah. Ianya leceh tapi kalau betul-betul minat, mesti boleh buat. Nak buat kuih ni juga memerlukan fokus dan sabar yang sangat tinggi. Sebab apa, kadang-kadang masa kau bancuh tepung tu mungkin tak kena kan. Jadi bancuhan mungkin akan jadi lembik lah. Keras sangat lah.

Itu belum lagi masa menggoreng. Kalau menggoreng, minyak kena cukup panas. Kalau tak, masak nanti tak cantik. Api tak boleh besar sangat. Api kecik pun tak boleh sebab takut makan minyak. Jadi tak sedap kuihnya. Lepas tu mungkin kadang-kadang berlipat masa nak masukkan kuih dalam kuali untuk di gorengkan? Ini kena yakin. Masa masukkan kena perlahan-lahan je kat dalam kuali, mesti dari tepi. Goreng pulak tak boleh sekali banyak. Mcam aku, goreng 3/4 je dalam kuali. Masukkan satu-satu.

Macam aku, aku belajar dari mak aku. Percubaan pertama tak mengecewakan. Alhamdulillah menjadi. Lepas tu aku buka order pada sesiapa sahaja mahukan kuih ini. 

Istimewa kuih aku nih, TAK BERMINYAK dan AGAK RANGUP. Sesiapa berminat nak rasa boleh order kuih ni, boleh contact aku. Pos pun boleh. Kuih ni aku buat bila ada yang order. Aku takkan buat sekali banyak. Sebab aku nak bagi pelanggan  rasa kuih yang baru turun dari kuali. Hahah. Ini tak main-main. 

Korang boleh tengok rupa kuih denderam/peneram/telinga keli*g kat bawah ni. Aku drop gambar. Korang boleh la nilai sendiri macamana Legendary Peneram/Denderam. Lepas tu,boleh contact aku kat ig: _iamkayrashid_ atau fb aku : Kay Rashid. 

                                       Tak berminyak dan nampak rangup kan? Haaaa


Itu jee entry aku kali ni. Terima kasih sudi baca!



No comments:

Post a Comment