Friday 18 April 2014

Rasa

Sedih,gembira,kecewa,duka,rindu,kasih,cinta
Segala rasa itu daripada Pencipta rasa
Kadang tidak kita mahukan
Lagi-lagi jika kita tidak pandai uruskan.

Namun kita ini insan
Pasti mengalami pelbagai perasaan
Kita diberi akal dan fikiran
Untuk mengendalikan.

Allah pandu hati kami
Mengatasi rasa-rasa ini
Agar kami makin mendekati
Dengan-Mu ya Rabbi.

Sunday 30 March 2014

Putih

Putih sifatnya bersih
Putih sifatnya suci
Putih membuat tenang disaat hati meradang
Putih itu yang menjadi pilihan.

Kau tahu,
Putih itu buat aku terpaku
Kepada kematian yang kian menghampir

Kau tahu,
Putih itu buat aku tersedu
Kerana hati hitam tak seputih lahir dulu.

Putih lambang tulusnya hati mencari cinta yang satu
tiada lain hanya cinta Rabb-ku.
Putih tanda ku ingin kembali ke jalan-MU
yang telah lama ku tinggal dulu.

-pengemis jalanan-



Saturday 29 March 2014

Si Anak Dan Si Ibu

Seperti biasa, sebelum keluar rumah atau pergi ke mana-mana si anak akan bersalaman dan mencium kedua-dua belah pipi ibunya. Hanya itu yang membuat dirinya akan merasakan tenang ketika melangkahkan kaki. Entah mengapa pada pagi itu, si anak ingin sekali dicium  ibunya juga. Bagi Nur Syahadah ibulah segala-galanya baginya setelah kepergian ayahnya 3bulan yang lalu. Ibunya peneman sendu dan tawanya. Ibunya tempat bermanja dan meluah rasa.


Setelah itu, Nur Syahadah ataupun Nur melangkahkan kaki keluar dengan perasaan sebak dan memeluk si ibu serta berkata "ibu, Nur sayangkan ibu. Nur minta maaf untuk segala kesalahan Nur dan dosa Nur pada ibu. Terima kasih ibu kerana selama ini menjaga Nur. Nur tahu,Nur selalu saja menyusahkan ibu. Nur selalu sakit. Sepatutnya Nur yang menjaga ibu. Nur saayangkan ibu didunia dan akhirat. Semoga Allah seelalu menjaga ibu disaat penjagaan Nur tak sampai kepada ibu."


Si ibu yang dari tadi hanya berdiam dan menahan sebak,mula bersuara seakan-akan tersekat dikerongkong" Nur,anak ibu yang solehah,Nur tak pernah sekali pun menyusahkan ibu. Ibu tak pernah lelah menjaga Nur. Nur sakit pun, Allah yang berikan sakit itu. Takkan ibu nak menyesali takdir Allah.. Ibu tahu anak itu amanah titipan Allah.Ibu ingin menjaga sebaik dan semampu mungkin. Ibu sayangkan anak ibu. "

Selepas sahaja pelukan dileraikan, si anak pun keluar untuk pergi bekerja. Nur bekerja sebagai guru di tadika pasti. Nur berulang-alik dari rumah ke tempat kerjanya sejauh 10km dengan menaiki motor Honda c70 peninggalan arwah ayahnya. Ketika perjalanan hampir 3km, tiba-tiba Nur merasakan seluruh anggota disebelah kanannya tidak boleh bergerak ataupun kejang. Kaki dan tangan kanannya cuba digerakkan bagi menekan brek namun Nur gagal menggerakkannya . Kelihatan tidak kurang 50m jarak sebuah kereta yang baru sahaja keluar dari simpang dengan kadar laju. Nur hanya kelihatan  berserah sahaja kerana tiada apa yang dapat dilakukan.

"DUMMMMMMM"
Kedengaran sesuatu bunyi objek yang berrdentum. Dentuman yang amat uat sekali. mampu mengejutkan sesiapa sahaja. "Allahuakbar" satu ucapan yang keluar dari mulut seorang Nur. Gadis yang sentiasa dibibirnya basah dengan zikrullah dan kalamullah. Melayang tubuh kurus dengan lengkap berjubah dan bertudung sempurna auratnya dijaga terpelaanting ke tengah jalan raya dan Nur brnasib baik kerana ada yang memberhentikan kenderaan dan menngangkat Nur ke bahu jalan. Mengalir darah segar dari kepala Nur dan tubuh Nur. Tubuh Nur lemah dan longlai tidak bermaya. Menanti ajal menjemput dengan penuh redha. Bergetar dibibir Nur Syahadah  menyebut kalimah Allah.Dan... sudah suratan takdir menentukan,Nur menghembuskan nafas yang terakhir itempat kejadian.

Berita kematian Nur sampai ke pengetahuan si ibu. Dalam redha si ibu menerima. Tiada titisan airmata biarpun satu-satunya anakya pergi menghadap Pemilik Kerajaan bumi dan langit serta isi-isinya. Kerana apa? Bagi si ibu,meraung sekuat mana sekali pun, keluar airmata darah sebanyak mana pun, anaknya tetap tidak akan kembali. Dalam hati si ibu bermonolog "Moga Allah merahmati engkau wahai anakku. Selama engkau hidup, engkau anak yang sangat baik dan taat. Berbahagialah engkkau disamping Penciptamu. Ibu sudah merelakan takdir ini."

Wednesday 19 February 2014

Syurga


Tahu syurga itu indah,
Tahu syurga itu manis,
Tahu syurga sebaik tempat yang abadi,

Tapi syurga itu untuk orang yang menang,
Nak masuk syurga, jadilah orang yang menang

Lama


Kitab berhabuk,
Sejadah  tak terusik,
Hati dahaga,kering kontang,
Iman lapar, tiada makanan,
Fizikal keras, rohani lemah,
Lama tinggal Dia,
Lama tak tersingkap tabir cinta,
Lama hati itu mati!?

Jangan jadi dungu,
Bila nak cahaya kau masih lagi bergelap
Bukalah lampu

Ujian


Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama rasanya tak hapdate blog aku nih. Harap semua sihat la yer? Maklumlah sekarang nih aku kerap online kat hp saja. Jadi memang takla nk hapdate blog. Tapi tibe2 harini tergerak nk hapdate. Eh? Cmne tgerak? Kebetulan kah? Siapa kata kebetulan? takde yang kebetulan melainkan ketentuan Tuhan. Ya, Tuhan yang gerakkan hati aku.

Harini, aku nak coret sikit pasal semua orang rasa. Eh? Semua orang rasa? Pelik ke? Yela, selalu orang kata, kau tak rasa apa aku rasa. tapi apa yang semua kita rasa, bukannya sia2. Betul dak? Kan aku dah cakap tadi, semua Tuhan dah takdirkan. Tiada kebetulan. Dan ingat, tiada yang sia2. Semuanya berhikmah.

Itulah dia.... UJIAN.. Bak kata Nazrey Johani n In-Team, "ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya."
Haaa.. Dalam hidup, kita memang sentiasa diuji sebenarnya. Kau cantik, kau hodoh, kau kaya, kau miskin itu semua ujian Tuhan beb. Kau sakit pon ujian Tuhan pada kau. Memang Allah tak beri ujian tuh sama jer pada setiap orang. Berbeza2. Tapi tujuan Allah beri ujian, tanda kasih Dia pada kita. Itu tarbiyyah(didikan) Dia pada kita. Dia dah kata dalam quran Dia bagi ujian ikut kemampuan kita. Jadi, berbalik pada diri kita, Allah bagi, sebab Dia Tahu kita mampu kan? Jadi tiada masalah. Masakan kita lupa kita telah mengaku kita beriman tapi kita tak diuji? Masakan kita lupa, Allah dah bagitahu,"jadikan solat dan sabar itu sebagai penolongmu"?. Lupakah kita.

Ujian datang utk kita dekat dengan Dia. Bukan jauh.
Ujian datang utk kita mantapkan iman kita. Bukan lemah.
Ujian datang bukan dengan sia2 melainkan ianya dengan hikmah.

Ujian datang jangan diam. Ujian datang tangani dengan iman. Ujian datang jangan marah. Ujian datang tangani dengan sabar.

Kiranya kau syukur, kau akan sabar.