Sunday 12 February 2012

Betul ke kita nih islam?

Assalamu'alaikum wbt..salam ukhwah..salam mahabbah..salam dari hamba yg penuh khilaf dan dosa..mudah2an "post" nih,mnjadi pengajaran untuk kita bersama..
(hanya gambar semata2..hehe..tp ade gak terselit pengajaran..)

Betul ke kita ni islam..

Saat hati tercalit rasa bahagia,gembira dan bebas dari kesedihan,
adakah Dia menjadi tempat untuk menghamparkan rasa kesyukuran??

Di saat hati dirundung kesedihan dan gelak tawa ejekan insan yg lupakan azab Tuhan,
Adakah Sang Pencipta yang menjadi sandaran??

Jika ya jawapannya,mengapa ada lagi mereka yang masih sombong,egois,bongkak,dan rasa diri tidak akan menemui Rabbnya..??

Jika ya,mengapa ada lagi insan menamatkan riwayat hidupnya tanpa memikirkan balasan Tuhan??
Jasad tergantung kaku,picu ditarik,peluru pantas mengenai kepala..hancur berkecai..
Apakah semua ini hanya untuk memuaskan diri?
Apakah semua ini hanya untuk memuaskan nafsu amarah yang menguasai diri?kecewa yang membutakan mata dan hati??

Paling menyedihkan..
Insan-insan yang melakukan perkara ini,kebanyakan orang Islam...ya! orang Islam..tapi Islamnya hanya pada nama..Mereka tidak menjadikan islam sebagai agama pilihan mereka..bahkan mereka terus menerus menjadikan islam agama dari keturunan..ada juga yang mengatakan.."aku xpernah mintak pun aq jadi org islam"..Astaghfirullahal'azim..Apakah mereka tidak pernah rasa bertuah menjadi seorang islam?Benarlah dalam AlQuran..Allah berfirman dalam Surah Al-A’raf 7: 179.  : 
 

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam)  kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Nafsu menguasai akal fikiran..hati buta menjadikan diri xbeperikemnusiaan..

Renung2kan..
Kita sangat2 bertuah menjadi seorang islam..kerana apa?? Kita boleh lihat dari segi bagaimana ALLAH memanggil kita untuk ber"dating" dengannya.. Maha Suci ALLAH memanggil dengan panggilan yang baik.."marilah menuju kejayaan"..Tapi..cuba kita lihat..bagaimana pula kawan2 kita memanggil kita dengan perkataan yang tidak enak didengari..contohnya, "woi,ko xdengar ke?" ..ALLAH sangat2 mempunyai sifat yang penyayang..ALLAH sentiasa memberi peluang..sentiasa membuka kaunter untuk membersih dosa dan menambah pahala.Kita yang hidup sebagai hamba,kadang2 mengeluh bila nk mendirikan solat 5waktu..ALLAH mintak 5kali sahaja nak "dating" dengan Dia..itupun penat..pernahkah kita terfikir bahawa ALLAH xpernah penat pun bekalkan oksigen 24jam untuk kita..kita harus ingat dan harus menyedari..bahawasanya,kita amat memerlukan ALLAH..dan..ALLAH amat menyukai hambaNya yg merintih padaNya..

Pesanan untuk diri..

Hati-hatilah dengan kehidupan dunia. Janganlah kita terpedaya dengan kenikmatan dan kesenangan dunia. Janganlah terpedaya dengan kesibukan tugasan harian kita. Janganlah terleka dengan hasutan dan tipu daya syaitan durjana. Janganlah tertipu dengan banyaknya harta. Janganlah lalai dengan mewahnya kereta, rumah, jabatan dan pangkat serta nama. Sedarlah kita semua hanya insan biasa.
Kelak di akhirat kita akan ditanya,
“Adakah kamu sudah beriman dengan sepenuhnya?”
“Adakah Islam kamu sekadar nama?”
“Adakah kamu sudah bersungguh-sungguh mencari taqwa?”
“Adakah kamu sudah berusaha mengamalkan Islam seperti nabimu?”
Kita sudah tidak mampu lagi untuk memberi alasan ketika itu…
“Maaf Tuhan, aku bukan belajar kat pondok. Aku hanya belajar di bidang kejuruteraan…
“Maaf Tuhan, aku bukan ulama',aku hanya doktor…
“Maaf Tuhan, aku bukan ustaz, aku hanya karyawan biasa…
“Maaf Tuhan, aku sentiasa sibuk dengan kerja dan tugasan, tidak sempat untuk mencari ilmu agama dan mengamalkan agama seperti nabimu…
“Maaf Tuhan, bolehkah aku masuk surgaMU?”
Allah berfirman dalam surah Al-baqarah 2:9 

"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar."

Tidak ada bezanya antara miskin mahupun kaya, tidak ada bezanya antara doktor dan karyawan biasa. Tiada ada bezanya antara kita dan manusia lainnya. Melainkan hanya yang dipandang oleh Allah adalah taqwa dan usaha/ kesungguhan kita dalam mencari taqwa.

“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.
Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.
Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
















Surah Ali Imran 3: 110.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

No comments:

Post a Comment