Wednesday, 19 February 2014

Syurga


Tahu syurga itu indah,
Tahu syurga itu manis,
Tahu syurga sebaik tempat yang abadi,

Tapi syurga itu untuk orang yang menang,
Nak masuk syurga, jadilah orang yang menang

Lama


Kitab berhabuk,
Sejadah  tak terusik,
Hati dahaga,kering kontang,
Iman lapar, tiada makanan,
Fizikal keras, rohani lemah,
Lama tinggal Dia,
Lama tak tersingkap tabir cinta,
Lama hati itu mati!?

Jangan jadi dungu,
Bila nak cahaya kau masih lagi bergelap
Bukalah lampu

Ujian


Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama rasanya tak hapdate blog aku nih. Harap semua sihat la yer? Maklumlah sekarang nih aku kerap online kat hp saja. Jadi memang takla nk hapdate blog. Tapi tibe2 harini tergerak nk hapdate. Eh? Cmne tgerak? Kebetulan kah? Siapa kata kebetulan? takde yang kebetulan melainkan ketentuan Tuhan. Ya, Tuhan yang gerakkan hati aku.

Harini, aku nak coret sikit pasal semua orang rasa. Eh? Semua orang rasa? Pelik ke? Yela, selalu orang kata, kau tak rasa apa aku rasa. tapi apa yang semua kita rasa, bukannya sia2. Betul dak? Kan aku dah cakap tadi, semua Tuhan dah takdirkan. Tiada kebetulan. Dan ingat, tiada yang sia2. Semuanya berhikmah.

Itulah dia.... UJIAN.. Bak kata Nazrey Johani n In-Team, "ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya."
Haaa.. Dalam hidup, kita memang sentiasa diuji sebenarnya. Kau cantik, kau hodoh, kau kaya, kau miskin itu semua ujian Tuhan beb. Kau sakit pon ujian Tuhan pada kau. Memang Allah tak beri ujian tuh sama jer pada setiap orang. Berbeza2. Tapi tujuan Allah beri ujian, tanda kasih Dia pada kita. Itu tarbiyyah(didikan) Dia pada kita. Dia dah kata dalam quran Dia bagi ujian ikut kemampuan kita. Jadi, berbalik pada diri kita, Allah bagi, sebab Dia Tahu kita mampu kan? Jadi tiada masalah. Masakan kita lupa kita telah mengaku kita beriman tapi kita tak diuji? Masakan kita lupa, Allah dah bagitahu,"jadikan solat dan sabar itu sebagai penolongmu"?. Lupakah kita.

Ujian datang utk kita dekat dengan Dia. Bukan jauh.
Ujian datang utk kita mantapkan iman kita. Bukan lemah.
Ujian datang bukan dengan sia2 melainkan ianya dengan hikmah.

Ujian datang jangan diam. Ujian datang tangani dengan iman. Ujian datang jangan marah. Ujian datang tangani dengan sabar.

Kiranya kau syukur, kau akan sabar.

Saturday, 7 April 2012

Anak..:)

assalamu'alaikum wbt..ehem3...sebut psal anak..sume ade anak..anak tekak,anak kucing,anak patung,anak buah,anak2..haaaaa.....nk djadikan cter,mlm td mlm yg amat istimewa tw..sbb,..mlm td,aq bru dpt ank buah..alhamdulillah..btmbah umat Nabi Muhammad..bia xde ank sndri lg,asal ade ank buah pn ok..dpt mnghiburkan hati..lg2 ble bsar nti,dia yg akan brada di barisan hdpn dan berjuang menegakkan islam ..subhanALLAH!! best kan..itulah yg aq hrp2kan..apa2pun,cara hidup yg pling pnting..cara hidup misti maw islamik & dinamik..moga2 smuanya mendapat keberkatan drpada ALLAH SWT..

semoga kamu menjadi anak yg soleh ya..daku sntiasa mndoakanmu whai bakal mujahid...
Muhammad Putra Daniyal(insya'ALLAH)

Sunday, 12 February 2012

Pasir : Antara Kaca dan Tanah Liat

Lelaki tidak menangis?

Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.
“Lan, aku nak cakap sikitla”, bisik sang teman nada keluhan.
“Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh…”, balas saya cuba menenangkan keadaan.
“Aku rasa tak bersemangatla nak bawak dakwah ni… Perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang…”
“Perangai tak elok? Yeke? Apa yang percakapan ko yang menyakitkan hati orang?”, terkejut mendengar aduan begitu keluar dari mulut sang adam yang sopan dan lembut orangnya…
“Tak tahulah… sedar-sedar esoknya dah tak nak kawan aku dah. Tak nak cakap dengan aku dah…”
“Aik? Perempuan ke? Terlebih sensitive kot…???”, cuba meneka dan menembak sahaja.
“Tak… Lelaki…”, ada riak kecewa dan sedih di kerut wajahnya. Saya faham benar perasaan dan jiwanya, tak sanggup memalukan dakwah dengan kekurangan dan kekhilafannya. Tidak mahu memalukan Islam dengan ketidaksempurnaan dirinya. Tetapi dia terlalu rapuh untuk itu….

Namun di suatu sisi lain kehidupan seharian…
“Apa yang mereka ingin aku ubahkan? Apa yang ingin mereka tegurkan? Mereka tidak tahu cara nabi dan sahabat bukan hanya dengan kelembutan. Setiap insan punya kegemaran, kalau tidak gemar dengan cara aku janganlah dengar apa yang aku cakapkan. Pergilah cari insan dakwah yang penuh kelembutan! Aku begini dengan matlamat dan tujuan, bukan sengaja berdondang sayang meminta pujian!”, tegas seorang teman penuh keyakinan.
“Bukan suruh jadi lembut dan tak kena cara, cuma jangan biar objek dakwah lari dari Islam kerana kekurangan dan kesilapan kita, itu sahaja…”, nasihat saya buat orang agama.


Manusia ibarat pasir.
Boleh dijadikan sekeras dan setajam kaca,
Boleh juga dijadikan selembut dan se’gemalai’ tanah liat.
Umat ISLAM umat pertengahan…
Tiada istilah ekstrimis dalam agama.
“Hari ini aku rasa lebih ‘feel’ untuk beribadat, aku mahu menambah bilangan sujud dan rakaat!”
“Kita harus berpuasa setiap hari untuk mendapat keredhaan dan ruh ilbadah yang sejati”
“Kita harus membayangkan nama-nama Allah sebelum kita menyuap makanan ke mulut supaya kita makan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan tentang saudara-saudara kita yang kelaparan.”
“Jika kau tidak mampu menandingi cinta Allah padaku, janganlah mengharapkan cinta dari diriku”
“Nabi manusia paling agung pun beribadat dengan banyak, maka aku harus beribadat tanpa henti untuk mendapat kasih sayang Allah”
“Aku mahu berpuasa dan tidak mahu berbuka”
“Aku mahu beribadah dan tidak mahu tidur”
“Aku ingin mentauhidkan Allah dan tidak mahu kahwin”

Namun sesungguhnya nabi kita pernah bersabda,
“AKULAH ORANG YANG PALING TAKUT PADA ALLAH, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku” – riwayat Muslim.

Berlebihan didalam ‘kekurangan’ juga tidak digalakkan. Apatah lagi yang sengaja meringan-ringankan.

“Solat yang wajib je dahla, yang lain kan sunat je…”
“Tidak perlulah kita menunjukkan kebaikan, bukankah Tuhan faham niat dan keikhlasan dalaman?”
“Orang-orang Palestin tak perlukan apa-apa pertolongan, cukuplah kita hanya sedekahkan doa harian”
“Nabi kan utusan tuhan, mana boleh lawan… Buat biasa-biasa dahla, tak payahla nak alim sangat”
“Kalau tuhan mahukan kebaikan dan kemenangan, tuhan mampu buat dengan sekelip mata, kita doa dan serahkan sahaja pada si Dia, apa yang nak di sibuk-sibukkan…”
“Syurga neraka kan dah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Kalau syurga, syurga juga. Kalau neraka, neraka juga, enjoy je la kehidupan selagi ada nyawa di badan.”
“Percayalah pada tuhan, kita pasti diberi kemenangan”
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka” QS 13:11

Setiap yang berlebihan itu pasti banyak keburukannya. Berlebihan dalam terasa, mahupun berlebihan dalam tidak terasa. Berlebihan dalam beramal, mahupun berkurangan dalam beramal.

  • Buat teman yang sedih dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, anggaplah ia sebagai peringatan dan tauladan. Mungkin ada yang ‘gentleman’ dan berdepan memberi teguran, tapi mungkin juga ada yang ‘kasar’ dan suka memerli dalam menyampaikan. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan insan, perlu diingatkan dan disampaikan.

  • Buat teman yang tidak selesa dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, insaflah dengan bantuan iman. Jangan biarkan syaitan merasuk pemikiran, menghasut insan bangga dengan segala kelakuan.

ISLAM AGAMA PERTENGAHAN,
Semoga kita MERENDAH DIRI dalam ketinggian ciptaan, dan MENINGGI DIRI dalam mencontohi insan utusan!

Bukan pilihan aq..

salam...
saat kebosanan dah melanda,mulelah tangan nih gatal nk mnaip..hehe..akibat tido awal..mlm dh kne bjaga..ish3.."ALLAH ciptakan malam utk beristirehat"..aq plak yg bersengkang mata..apa sudah jadi..sebenarnye,bukan malamnih jer aq penah bjaga,sblm2 nih,pernah jer..itu sume..dsbbkan tugas..xsgnment..

Hari2 kerja!!
Dah jd adat student la kan..msti ade jer kejenye..pastuh,mmikirkan nk siapkan kerja atau tugasan yg lecturer bg...ha..aq nih slh seorg la..kdg2 rsa mls nk wat..kdg2 xde smgat..ntahla..knp lah aq jd mcmtuh..tp..bila aq fkr2 balik,utk ape aq g pnat2 blaja,abes duit bribu hnya utk melayan kmalasan nih..bek xyah blaja..kata nk jd bdk bek..nk kasi mak ayah bngga n mnages krn kgembiraan..bkn mnages krn keggalan aq..haaaa...nmpk x?muke jer legend..hati cute tw..maw jd bek ma..haha
.
Praktikal nk dokek dh.
ayaaaaaaaaa!! sedar xsedar,dh nk praktikal dh aq nih..kjap jer mse blalu..pjam celik,pejam celik dh nk praktikal.nseb bek pjam2 pastuh celik..klu xcelik2??haaaaaaa..xsmpat nk pratikal..knp la awl sgt kan praktikal..bru sem4,dh praktikal..ptutnya,bgla sem6 nti praktikal..bru syok..mse tuh kte nk mlngkah ke alam pkerjaan kan..bru semangat nk bkerja..tp xpelah..kte ikut jer flow..kte mne nk tw ape kbaikan dia..msti ade sbb kan knp praktikal sem4...

Bukan pilihan aq..
dh cter pjg lebar,tp aq xcter pn aq nih brada dlm bidang ape..klu korg nk tw,aq amek bisnes...huhu..org ckp,bdk perdagagan nih,brgaya,mutu,keunggulan..haha..tp aq x pn..sempoi sudah..ALLAH pndg hati kot..kasi hnsem itu hati k.(lari tjuk plak..hehe..)
ok2..aq nk cter..aq xpernah nk minat pn bidang yg aq amek skrg nih..sbb mmg bkn pilihan aq pn..mse sekolah dlu,amek tknikal..sntiasa dgn drawing board..ble kat poli nih,aq bkak akaun plak..haha..lwakla..eh..xlwak pn sbnarnya..minat,xminat,aq kne gak lalui kan..mgkin bkn plihan aq,,tp ALLAH dh plih aq kat track prdgagn,.ALLAH MAHA TAHU..jd..aq xyah nk kcewa sgtlaaaaaaaa...relaks2 suda..masa mule2 jer sdikit kcewa..skrg dh ok..alhamdulillah,pointer pn nk 4.0 jauh skli..haha..yg pnting ok..xdela mnunjukkan aq nih btl2 xske smpai xleh nk bwk kos nih..papepn..usaha tuh pnting..sbb ALLAH pndg usaha..ALLAH xpndg pn hasil..org pn ade ckp kan..USAHA TANGGA KEJAYAAN..



YA ALLAH! PERMUDAHKALAH URUSAN KAMI..BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA KAMI DIDUNIA JUGA DIAKHIRAT..HANYA KAU TEMPAT KAMI BERGANTUNG HARAPN..AMIN YA ROBB..

penghinaan terhadap islam..

salam ukhwah..

aq nk share sikit kat korang sume..tentang ketidakpuasan hati aq tentang satu gambar nih..rasa mrh sangat2..klu korg pn,mesti akn mrh bila tgk gambar nih..


mungkin korg biasa nampak gambar2 yg menghina islam..wlupn kte search kat internet nih nk cari gambar islamik mesti kuar yg xislamik..antaranya..gambar kat atas nih..sedih n marahkan bile tgk gmabar nih??tp itu jer la ea yg kte mampu wat?? mungkin..ade yg akan maki hamun..lagi pelik..klu kte maki..ape yg kte dapat??itu ke Rasulullah ajar?? emm..apa yang harus kte lakukan sebagai seorg islam?? jika kte sygkan islam,kte xkan berpeluk tbuh..betul x?? klu kte sygkan ibu bapa kte,kte msti xsggup tgk ibubapa kte kne hina..mcmtuh jgk sygnya kita pd Islam..cintanya kita pd islam..bukan sekadar ungkapan.tetapi amalan!

Buatlah sesuatu yang dapat "prevent" islam dr di hina..bukan senang Rasulullah berdakwah untuk menyebarkan islam..dr dakwah sembunyi2 smpailah terang terangan,,xkan kte nk lpas pndang jer..jom! kita sama2 tegakkan islam! ALLAHUAKBAR!